Saturday, April 4, 2009

Hamba Pilihan



"sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina , dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara salatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi (surga) Firdaus.Mereka kekal di dalamnya" ( Al - Mu'minun : 1 - 11)

Seringkali kita terlupa bagaimana seharusnya kita mengendalikan kehidupan kita..Dek terbawa dengan sekitar, kita terbuai dengan arus deras yang mengalir..membawa kita jauh dari syariat Agung.

Dalam mengharung kehidupan seharian kita, bukan sentiasa kita diingatkan akan hukum-hukum Allah yang tercinta. Bahkan, yang sentiasa dilaungkan di luar sana adalah untuk menentangnya...dengan cara yang halus.

Bermula dengan di pagi hari lagi..iman di hati mengetuk supaya terjaga awal untuk bermunajat dengan Allah - tapi ada dendangan merdu untuk terus memejam mata..

Kerja sebagai ibadah - seharusnya itu menjadi pegangan setiap mukmin. Kerja yang dilakukan setiap hari - itulah sepatutnya menjadi suatu wasilah ubudiyyah kita terhadap Allah. Namun, apakah ia terlaksana? Adakah tersemat di dalam hati kita bahawasanya timbunan kerja di hadapan itu merupakan kesinambungan ubudiyyah kita, usai saja solat dan sebagainya. Jangan lah kita menganggap bahawa ibadah khusus itu saja adalah wasilah ubudiyah kita.

Kerja harus dilakukan dengan penuh teliti dan komitmen.
Sebagai seorang doktor, pada pandangan saya, seharusnya ia perlu untuk mengambil berat terhadap pesakit dari semua segi..fizikal , spiritual dan emotional. Contohnya, apabila bertanya tentang keadaan dia sekarang - guna lah peluang itu untuk memasukkan sedikit ' kata-kata tarbawi' untuk menaikkan sedikit perasaan rohaninya.
"Puan..apa khabar hari ni? macam mana hari ni?sakit nya makin kurang ke? ..Alhamdulillah...Insya Allah, nampaknya luka makcik hari baik..Doalah agar Allah permudahkn..."...

Kalau dari solatnya bagaimana? Adakah pesakit itu menganggap bAHawa setelah dimasukkan ke hospital, solatnya boleh di qada'?...inilah yang menjadi dilema utama ...dan ini merupakan suatu masalah yang berleluasa. Sehingga kan jarang sekali kelihatan pesakit2 untuk menunaikan solat...

dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,

Astaghfirullah..sesungguhnya perbuatan dan perkataan yang tidak berguna seringkali dibuat oleh kita semua...dan terasa seolah-oleh tidak dapat untuk mengelakkannya.

"Eh..eh...ko tau tak..dia tu tak habis- habis lagi nak cerita tentang si polan...aku tak larat dah nak dengar..macam dia tu bagus sangat"..kata cik jenab

"memang..aku pun dah tak larat. mentang- mentang bos puji dia..ala, mana tak nya, ...pot pet..pot pet" balas cik minah..

kalau di pejabat/wad - sememangnya perbualan adalah suatu kemestian. Tapi, jenis perbualan bagaimanakah yang dikehendaki ..dan jenis mana yang perlu dielakkan?..

Itu belum lagi menamakan perbuatan-perbuatan yang tidak soleh...terutamanya dari segi pergaulan di antara rakan setugas.. yang berlainan jantina

"Jom kita makan kat luar..aku dah lapar dah ni.." ..Hassan memandang ke arah Hasnah..Tangannya mencuit bahu Hasnah.. "nak makan kat mane? fast food ke warong?.."

fenomena-fenomena ini menjadi suatu kebiasaan..sehinggakan sekiranya kita tidak memandangnya dengan perasaan tarbawi - kita akan menganggap seolah-olah ia adalah perkara yang tidak salah.

Malah jawapan setengah orang ialah"..aku tak leh kluar dengan orang lelaki lain..pakwe aku ngamuk karang...". nilaian dan neraca nya adalah disebabkn oleh seorang insan lain.. bukannya dari segi syariat...

Apabila memikirkan semua ini..bukannya senang untuk digelarkan sebagai seoarng mukmin...dan sekiranya Allah tidak memberi petunjuk , sesungguhnya amat senang sekali untuk terkeluar dari jalan yang diredhaiNya...

Sungguh indahnya sekiranya dipilih Allah untuk menjadi salah seorang hamba yang diredhaiNya dan menjadi hamba pilihanNya ---untuk mendiami Syurga Firdaus...

No comments: