Thursday, May 13, 2010

LIFELINE FOR GAZA


KINI, Pihak NGO daripada Turki IHH bersama-sama kerajaan Turki telahpun memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke empat. Satu usaha besar-besaran pada kali ini iaitu konvoi yang akan melalui jalan laut.
LL4G merupakan satu usaha jaringan NGO antarabangsa untuk menghantar bantuan kepada
penduduk Gaza yang telah sekian lama menderita dizalimi rejim Zionis Israel, seterusnya cuba untuk menamatkan sekatan dan embargo yang dikenakan ke atas Gaza.
Usaha murni ini diterajui oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief, atau lebih dikenali sebagai IHH, bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain antaranya Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)

Konvoi Kemanusiaan terbesar di dunia (setakat ini) dijangka bermula pada
pertengahan bulan May 2010, akan melibatkan tokoh-tokoh politik dan aktivis
kemanusiaan antarabangsa yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza
akan bersama-sama menyertai konvoi yang akan menaiki kapal dari Istanbul
terus ke Gaza. Kita menjangkakan sekitar 20 buah kapal dan bot muatan akan
bersama-sama merentasi Laut Mediterranean dari Istanbul melalui Cyprus, dan
seterusnya mendarat di Gaza.
Mereka akan membawa bersama-sama konvoi tersebut barang-barang yang
sangat diperlukan oleh penduduk di Gaza, termasuklah bahan binaan, ubatubatan
dan peralatan hospital (mesin MRI, Ultrasound, alat ujian darah)
peralatan sekolah, janakuasa elektrik dan juga bahan-bahan makanan.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan
diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan
dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut
butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal
daripada Turki.

No comments: