Monday, May 17, 2010

Luahan Hati Sebelum Pro EXam - revisited




Sesungguhnya Islam itu begitu indah sekali bagi mereka yang mengerti akan prinsipnya dan juga isi kandungannya. Tiada yang lebih tinggi dari agama ini, dan sesungguhnya mati berjuang utk menegakkan syiar islamiyyah adalah suatu perjuangan yang sangat mulia. Namun, di sini harus ditekankan bahawasanya ia harus bermula dengan memahami akan ad-deen ini, bermula dengan mengenali apakah itu erti kehidupan dan seterusnya akan mengenali siapakah pencipta kita.

Kini, boleh dikatakn bahawa ana sudah hampir 7 tahun berkenalan dengan istilah ‘tarbiyyah’. Pada mulanya, ia terasa sangat asing dan janggal, akan tetapi apabila time goes on, then it becomes a strong entity of your life and soon you realize that it is to absolve oneself into the tarbiyyah program is the challenge itself. It is not purely theoretical, it never has been and it will never be as that. It is to incorporate and translate into one’s life. Verily, Islam is a way of life.

Mungkin ada yang akan bertanya, mengapakah ana ingin berbicara suatu topic, yang boleh dikatakan sebagai suatu benda yang asas, dan mungkin tidak lagi perlu utk di bincangkan. Fasa kita sekarang mungkin lebih kepada utk bekerja. Tapi, sesungguhnya bagi insan ini, yang masih lagi penuh dengan kelemahan , tendency for myself to jatuh dalam ujian adalah suatu fenomena yang biasa.

Kini, tinggal lagi 3 minggu sahaja sebelum berdepan dengan professional exam, suatu ujian yang besar & penentu samada seseorang pelajar medic akan beralih kepada gelaran ‘doktor’. Sepanjang 5 tahun , termasuk fasa pre-klinikal & seterusnya klinikal, akan berakhir dengan professional exam ni. Sesungguhnya, ia suatu perkara yang sangat digerunkan oleh rakan2 ana & ana sendiri. Namun, kita hanya boleh berusaha & penentunya terletak kepada Ilahi.

Tapi, situasi ini berkait rapat dengan tajuk atau topic yang ana ingin bicarakan. Disebabkan exam ini, ana sendiri telah meletakkan jawatan, atau ‘slowed down’ my involvement dalam J. Seharusnya, prog rasmi tarbiyyah sahaja yang di perlahankn, namun atas kelemahan diri ini, yang juga berada agak jauh dari sahibah2 yang sudah lama berada dalam prog T ini, ana juga telah slow down dlm prog Tarbiyyah yg tak rasmi. Situasi di sini mungkin tidak sama dengan tempat lain. Ana tak dapat nak menggambarkan macamana suasana di sini. Tapi, yang pastinya ialah suasana study itu yang dominant. Rata2 rakan ana di sini adalah mereka yang study oriented. Di sini kami hanya memikirkan ttg study. Yang menjadi keluhan bagi mereka adaalh berkaitan dengan study. Rehat adalah sekadar nak releasekan stress dari study. Stress pun berkaitan dengan study. Kehidupan di sini adalah utk lulus exam. Banyak topic perbualan berkisar tentang pelajaran, lecturer, patient, dan benda berkaitan dengan di hospital.

Sejak 1 blok terakhir ni, focus ana adalah pada study. Ini adalh suatu fenomena yang agak ganjil dan luarbiasa bagi diri ini. Sepanjang matriks & juga hampir 5 tahun di sini, ana tidak pernah lagi mengecualikan diri selama ini dari memikirkn ttg prog D&T yang rasmi. Tapi memandangkn pro exam ini adlh suatu yang amat genting, kita harus memikirkn ttg aulawiyyat & juga kemampuan diri sendiri. Oleh itu, ana mengambil keputusan sedemikian.

Ingin ana kongsi sedikit apakah perasaan ana sejak hampir 2 bulan berada dlm suasana ‘study oriented’. Sesungguhnya sekiranya niat kita ikhlas lillahita’ala, segalanya akan terasa indah jua, namun ana tidak sebaik itu dan keikhlasan itu seharusnya ana cuba utk pupukkan. Ana sendiri tidak dapat lari dari terikut dengan keadaan yang exam-oriented. Seringkali ana dilanda perasaan gundah gelana, keluh kesan apabila memikirkn ttg exam ini. Apakah ana akan lulus? Terasa takut dengan keadaan yang bakal menimpa.. adakah lecturer itu baik, garang? Patient nya macamana? Kes yang senang atau susah?

Apabila kita telah jauh dengan proses Tarbiyyah, maka niat kita utk menjadikan profession atau pelajaran kita sebagai wasilah/amal ibadah seringkali tersasar. Perasaan yang datang adalah perasaan yang tidak tenteram dan seterusnya menyebabkn kita hanya focus kepada duniawi sahaja. Kadangkala kita akan hanya akan memikirkan ttg exam dan bukan lagi kepada Islam yang tercinta. Apabila kita banyak fikir ttg duniawi, sesungguhnya kehidupan ini terasa sangat sempit & diri ini sangat selfish & mementingkan diri sendiri.

Dan di sinilah ana ingin kembali balik kepada ayat ana yang awal, sesungguhnya islam ini adlh tinggi dan hidup utk menegakkan syiarnya adalah kehidupan yang sebenarnya.
Sesungguhnya peganglah kepada prinsip ini dan jadikanlh kehidupan ini kehidupan yang diredhai Allah.

No comments: