ana slalu tringat akan serangkap lirik dari sebuah nasyid favourite iaitu antara 2 cinta nyanyian "the zikr"
"leraikanlah dunia yang menghinggap di dalam hatiku"......
ana slalu dengar kaset tu di kala on the way pergi dan pulang ke hospital yang mngambil lebih kurang 30 minit perjalanan...itu adalh juga antara koleksi kaset2 nasyid yang serba sedikit yang ana miliki..yang lain tu ana rasa dari kak nabilah yang tertinggal dalam kereta (nabilah, nanti ambik blk ek kaset2 tu) ana sewaktu zaman era persekolahan di Kuantan..
Bila sampai saja pada rangkap itu, ana terasa terkesan sangat pada jiwa ini...sesungguhnya berat sangat ungkapan itu bila dihayati..
Apakah kesannya apabila dunia ini menjadi buruan? Apabila redha Allah bukan lagi matlamat kita? apabila ia hanya menjadi suatu KATA-KATA tapi BUKAN YANG SEBENARNYA?
kenapa ana risau? sebab apabila ana muhasabah diri kembali...ana menyoal diri kembali..apakah yang ana kejarkan sebenarnya? apa yang ana fahami - selama ni melalui sistem pentarbiyyahan...apakah yang ana kejar dari proses itu? adakah sebenarnya ana mengejar untuk berada dalam sistem itu secara fizikal..yakni seronok bersama rakan2 sefikrah, untuk menenangkan jiwa kembali di kala berada bersama dengan realiti dunia yang mengasyikkan... namun ana belum lagi melalui sistem pentarbiyyahan yang total iaitu menyerahkan untuk memproses kan diri..iaitu mindsetting tarbiyyah - di mana segala aspek kehidupan untuk diproses DI MANA SAHAJA ANA BERADA.. bukan di kala bersama rakan sefikrah iaitu di kala program formal..
sekarang sudah 3 bulan ana bekerja..boleh dikatakan stress kerja itu sendiri makin lama bolehlh di handle, dgn izin Allah..mmg ada kalanya kita rasa up dan ada kalanya kita tewas dgn ujian..tapi ana slalu tewas dlm mindsetting tarbiyyah itu sendiri..terasa kecewa di mana setelah 5 tahun kita di asuh dlm sistem tarbiyyah ini, ana belum mampu lagi untuk mnterjemahkn dlm kehidupan..
Apabila kita melihat suasana kehidupan kita sekarang...kita sgt perlu untuk hidupkn kembali untuk relate apa saja yang berlaku pada Allah..
Ana berkesempatan untuk menjaga pesakit kanak2 yang menghidap penyakit "end stage renal disease" di mana fungsi buah pinggang mereka sudah lagi tidak lagi seperti normal dan memerlukan external help untuk menggantikan peranan buah pinggang. Mereka ini memerlukan "hemodialysis" dan juga "peritoneal dialysis" samada setiap hari atau 3 kali seminggu. Sekiranya tidak, mereka akan dapat lebihan air dalam badan kerana tak mampu untuk untuk mengeluarkn air tersebut, tekanan darah yang sangat tinggi atau kandungan electrolytes dlm badan menjadi tak normal dan seterusnya menyebabkn kesan2 sampingan yang sgt bahaya pada pesakit itu.
dan yang paling muda adalah hanya berumur dlm 5 tahun..
ini adalah bukti kekuasaan Allah di mana sebenarnya kita semua amat lemah..dan sangat memerlukan padanya..mereka diuji sebegitu..adakah kita mampu untuk menerima ujian seberat itu..
namun..selalu ana lupa untuk mengkaitkan semua itu kepada Allah..hanya menganggap ia sebagai penyakit dan pesakit..bukan musibah atau mad'u..atau suatu peringatan pada diri yang selalu alpa..
No comments:
Post a Comment