nilai lah seseorang itu dengan neraca yang benar
Pada hemat ana yang tidak seberapa ini, ingin ana utarakan pandangan ana tentang isu wahabi dan juga aliran 'tajdid' yang telah dikritik oleh beberapa pihak. Ana bukan lah yang layak untuk memperkatakan dan membincangkan bab ini, akan tetapi ia merupakan sesuatu yang agak sensitif kepada ana.
apabila kita mendengar perkataan wahabi, terus dalam minda kita terbayangkan sesuatu yang sesat dan lagi menyesatkan. akan tetapi, apakah kita mengetahui apakah maksud wahabi? di sini ana tidak berniat untuk memperdalamkan untuk diskusi tentang tajuk ini. Akan tetapi ana hanya ingin melahirkan pandangan tentang seseorang yang dikaitkan dengan isu ini.
dan semestinya isu ini dikaitkan dengan seorang tokoh yang sudah dikenali ramai iaitu Dr.asri. Ana telah mengikuti kuliahya sejak 2003, sewaktu ana tahun pertama di universiti. Pada masa itu, ana masih ghairah untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama di mana sahaja, dan tidak mengendahkan dari siapa.
kali pertama ana mendengar ucapan beliau merupakan dalam sebuah seminar berkenaan ahli sunnah wal jamaah. Ana merupakan seseorang yang tidak pernah mempunyai pengalaman berada dalam suasana 'sekolah agama', malah sebelum ini hanya terdedah kepada suasana yang tidak islamik. Jadi, konsep ahli sunnah wal jamaah adalah benda yang agak asing bagi pada ketika itu.
Ana tertarik dengan pendekatan yang diambil oleh dr asri dalam menyampaikan ceramah beliau. Sejak itu,ana sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti kuliah-kuliahnya sekiranya mempunyai kesempatan.
ana bukanlah bermaksud menyatakan bahawa ana setuju dengan semua yang diperkatakannya,bahkan itulah yang sentiasa diingatkan pada mereka yang mengikuti kuliah beliau, iaitu untuk tidak ghulu' atau taasub.
antara impak yang begitu besar dari ana dapat iaitu untuk berfikir balik secara kritis, mengetahui balik dari mana sumber sesuatu dan untuk mendalami kembali 2 rujukan utama iaitu alquran dan sunnah.
pada ketika ini ana baru sedar betapa luasnya ilmu tentang agama dan semuanya merujuk kepada alquran dan sunnah. cabanng agama sangat luas sebenarnya, dan bagi seseorang seperti ana yang sememangnya tidak pernah mempunyai background agama, ia merupakan sesuatu yang agak baru dan tidak pernah diketahui. Selama ini dunia ana hanya berkisarkan tentang makan, minum , solat, pelajaran di sekolah , kawan-kawan , dan hiburan. ana tidak pernah pedulikan untuk mendalami ilmu agama selain mendengar ceramah-ceramah dari sesiapa.
Akan tetapi, dari pendedahan ini, baru ana tahu betap indahnya agama ini. Tidakkah kita sedari bahawa ilmu agama dalam islam sangat di jaga,iaitu untuk kita mendapatkan ilmu sekarang adalah dari suatu periwayatan dari tokoh-tokoh agama yang sangat amanah tentang agama ini. Ilmu periwayatan hadis, dan melalui cabang -cabang lain seperti tafsir , fiqh , usul fiqh.
dalam keghairahan kita untuk mendapatkan keunggulan dan cemerlang dalam bidang akademik, kita sudah lupa akan mempertingkatkan ilmu kita tentang agama. Di sini ingin ana ingatkan bahawa agama bukanlah milik seseorang ustaz dan sesiapa yang berada dalam bidang itu. Islam adalah bukan sekadar agama, ia merupkan suatu cara hidup. Oleh itu, kita perlu tahu cara-cara nya kerana islam menyentuh aspek kehidupan,ia bukan merupakan suatu khazanah ilmu semata-mata.
Sekarang sudah ramai graduan yang mempunyai masters atau PhD, malah tesis dan research sudah pun diajar tika undergraduate lagi. Kita sudah pun menuju ke arah zaman information di mana maklumat boleh didapati di mana -mana sahaja. sekiranya kita berupaya untuk bertungkus lumus untuk mendapatkan segulung ijazah, semestinya kita juga mempunyai keupayaan untuk memperdalamkan juga tentang ilmu agama, bukan setakat menadah telinga sahaja mendengar.
akan tetapi yang sedihnya adalah apabila seseorang yang sudahpun mempunyai latarbelakang agama mengatakan apa yang dipelajarinya, bersertakan hujah dan dalil dianggap seolah boleh memesongkan agama. kalau begitu, para artis yang beragama islam melakukan maksiat dan perkara yang bertentangan dengan agama dengan terang-terangan sekali dan disiarkan di seluruh negara menerusi kaca tv dan berupaya untuk menjadi ikutan remaja sekarang, apakah nama tindakan itu?
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment