Sunday, November 8, 2009

AKU RINDUKAN SUASANA ITU..




SUASANA TARBAWI..SUASANA ILMIAH..


Aku masih teringat pada suatu ketika dahulu..di mana menjadi buruan ialah suasana yang tarbawi...


Di Surau CF - mingguan kuliah sering diadakan..

Prof omar..

Kapten hafiz firdaus

Ust Ghazali


tidak dilupakan..tafsir mingguan bersama rakan2..solat berjemaah setiap waktu bersama rakan sebilik atau se blok..di mana masing2 akan mengelak untuk menjadi imam..

Apabila di umumkan akan ada kuliah di luar kawasan universiti , kami akan mengaturkan kenderaan untuk ke sana..apa lagi sekiranya kuliah itu luar dari negeri pahang...

Program-program islami telah menjadi sebati sewaktu masih belajar..

Program sifat solat nabi, islamic awareness week, remembering of alquds menjadi annual program di sana..

dan tika itu masih lagi baru diperkenalkan di UIA kuantan tentang ASWJ..

Suasana pada masa itu, boleh dikatakan suasana yang agak memberangsangkan untuk perkembangan D&T..

tapi kini..tidak lagi begitu..


Suasana bekerja bukan seperti suasana belajar...


Kini agak susah untuk mencari sahabat untuk berjemaah sekali

Bahkan kadang-kadang untuk mencari masa untuk solat wajib pun susah..

Sewaktu di Obstetrics and gynaecology ( sakit puan dan perbidanan), jadual sangat sibuk dan terdapat kes-kes kecemasan yang terpaksa kami attend..dan ada waktunya terpaksa mengorbankan solat wajib..


Kuliah-kuliah agama...kalau dapat dengar sekali sekala, Alhamdulillah..

Sesungguhnya bukan seperti dulu..


Suasana bersama rakan juga berbeza..agak sukar untuk mencari mereka yang mempunyai fikrah islam...

apatah lagi dengan pergaulan yang agak bebas dikalangan rakan setugas..

Susah untuk menjaga wara'...


Sesungguhnya ku rindukan suasana dulu...

3 comments:

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

tarbiyyah fi aidikum... fi aidikum faqad..

shahadah said...

moga diberikekuatan untuk terus beramal dan merasa manis nya iman..amin..doa bersama...

Azhani said...

jazakallah wahai sahabat2 sekalian..doakan agar sentiasa diber kekuatan..