Thursday, April 23, 2009

Aduh..kaki ku!





" Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.

Dan Dialah yang menciptakan dan mengembangbiakkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan.
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pergantian malam dan siang. Tidakkah kamu mengerti? " ...Al Mu'minun: 78 - 80
Sungguh indah sekali kata-kata Allah...

Sekiranya kita mengamati dan merenungi bait-bait tersebut, dan seterusnya cuba untuk "relate" dengan apa yang berlaku di sekeliling kita..kita akan mendapati betapa agungnya kuasa Allah...


Insan adalah suatu makhluk yang kerdil sebenarnya..akan tetapi ia lupa akan dirinya..

Jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah..

Sekiranya ditarik kembali nikmat itu...kita akan merana...


Sejak berada dalam posting ortopedik, suatu nikmat yang sangat dirasakan adalah nikmat "ketenangan"..sebelum ini, posting di Obstetrics dan gynaecology terasa sangat akan "keserabutan" dan juga tekanan yang amat tinggi sekali.


namun, Allah izin sangat sejak di posting ini, saya sempat sedikit untuk berfikir tentang pesakit dengan lebih mendalam.
Setiap minggu , kami akan ada sesi klinik, di mana ada segelintir doktor akan ke klinik seharian itu. Klinik otopedik bermula pukul 9 am - 5pm. Jumlah pesakit kerap mencapai angka 200.
Klinik - klinik terbahagi kepada klinik trauma, sendi, kanak-kanak,spine dan sports injury

Antara complaints yang kerap ditemui adalah sakit lutut dan sakit belakang bagi orang yang berumur.

*******************************************************************

" Doktor, sakit lutut ni makin teruklah..sekarang ni saya dah tak boleh solat macam biasa..paling sakit ialah pada duduk tahiyat" keluh Pakcik Mat...

" Aiyoo..ini belakang ah..manyak sakit oh..Tong !"


" Saya tahan je sakit ni doktor..kalau selalu ambik cuti,nanti bos bising pulak..maklum lah sekarang tengah ramai yang dibuang kerja.."jelas Mak Salmah.


*****************************************************************

Dari elok berjalak kepada limping gait..dan seterusnya menggunakan crutches..

Mungkin sakit tu disebabkan oleh degenerative disease, seperti osteoarthritis, atau injury , seperti meniscal tear.


Hakikatnya, pesakit itu telah di uji dengan kesakitan. Di uji dengan "penarik balik" suatu nikmat iaitu nikmat berjalan.


Seringkali saya cuba memikirkan keadaan mereka yang sanggup membiarkan sakit itu berterusan sehingga akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

Dan kini, saya juga berada dalam keadaan begitu. Setelah beberapa kali terpaksa berada di dalam dewan bedah dan berdiri sehingga 6jam berdiri untuk 'Assist ' operation, kaki saya juga mula mengalami kesakitan.

Dan kini kesakitan tu makin terasa setiap kali terpaksa berdiri.

Sekarang telah berubah "role" , dimana doktor sendiri yang mengalami kesakitan seperti mana pesakit..tetapi dalam kes ini, history dan examination dan sekurang-kurangnya diagnosis perlu ada di dalam minda...










1 comment:

Anonymous said...

cian ani..sakit ye kak?