Saturday, January 17, 2009

kekeliruan..



walaupun secara zahirnya saya sememangnya menyokong perjuangan palestin - namun hakikat nya saya tidak mengikuti perkembangannya secara detail.

kesibukan kerja tidak mengizinkan saya untuk menjerumuskan diri secara total untuk usaha ini.

saya baru sahaja tamat 'oncall' saya tgh hari tadi..bermula dari pagi semalam hingga ke pagi tadi, saya 'terlekat' di wad bersalin. suasana nya begitu 'hectic' sekali..bermula dengan 'grand round' hari, di mana degupan jantung saya menjadi kencang sekali (tachycardic).. dan tepat sekali jangkaan saya, tiba saja time saya untuk 'present case' , as expected, the specialist's voice became hardened.

Allah uji sangat, di mana kebanyakan patient yang masuk untuk bersalin, were having complicatoins, bermula dengan adaan jantung baby dah mula menjadi lemah - sama ada terlalu lambat (bradycardia ) atau terlalu laju (tachycardia) - all signs of fetal distress -- dibuktikan lagi dengan munculnya (type II) deceleration on CTG. (bermaksud - selepas sahaja adanya contraction, keadaan jantung baby mula menjadi lemah)

permulaan oncall yang kurang menarik - start off dengan emergency LSCS ( operation) - saya dan rakan2 terpaksa bergegas untuk 'confirmkan' blood - 2 pints whole blood, make sure blood dah di cross match, inform dan seterusnya postkan kes pada bahagian bius, contact bahagian paediatrics..menerangkan situasi pada pesakit dan juga suami dan seterusnya assistkan operatoin tersebut.

breakfast , lunch terpaksa saya makan serentak pada masa dinner , lebih kurang 930pm, dan itulah juga time rehat saya untuk sepanjang hari tu.

pesakit masuk nonstop..dan akhirnya hampir jam 0420 pagi tadi baru sempat nak melelapkan mata untuk sementara saja..atas kerusi yang beralaskn selimut..dalam 3 minit kemudian, pintu wad bersalin telah terbuka dengan kehadiran lagi satu patient..
namun, dalam keadaan yang dah sangat penat, saya dan rakan mengambil keputusan untuk sambung rehat sekejap sementara menunggu patient tu get settled down.
tapi kedengaran suara staff nurse memecahkan keheningan lebih kuranserg setengah jam kemudian -- "dr..!! dah ada pesakit baru lah!.."
dan seterusnya sehinggalah pukul 7 pagi tadi, di mana saya dan rakan seterusnya kena cover ward untuk ward round pagi ini..

seringkali saya ingin saja mengambil jalan keluar dari suasana begini..sebab sekiranya ada kesalahan yang saya buat - efeknya adalah pada pesakit..
cuai dlm mengambil periwayatan sejarah pesakit (history taking), buat physical examination , semasa prosedur - conduct delivery/episiotomy dan sebagainya..saya rasa tak sanggup untuk melihat kesannya terhadap pesakit - long term effect nya bagaimana?

dan sudah banyak kali timbul dalam benak fikiran saya di mana disebabkn kerja sebegini , saya terpaksa banyak meninggalkan kuliah2/solat2 berjemaah/program2 tamrin dan sebagainya..


namun seharusnya persepsi ini dihapuskan, semua nya untuk Allah juga..
setiap satu perkara itu merupakan ibadah jua..islam bukan datang dalam keadaan retorik atau berbentuk kuliah - islam adalah suatu 'cara hidup'..

untuk pergi berdemo - melibatkan diri dlm program2 sebegitu - bukanlah kayu ukur yang sebenarnya - namun bagaimana kita mentarbawikan suasana yang ada untuk meningkat hubungan dengan Allah dan melaksanakan syariat/mempertahankn deen dalam seharian

adakah kita ingin condemnkan seseorang yang tugasnya terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk join program2 itu kurang islamik dari seseorang yang giat berusrah/mengendalikan program2 islami, walhal orang yang sibuk itu kemungkinannya menterjemahkan apa yang telah dipelajarinya dalam tugas sehariannya?

Di sini timbul dilema , dimana kadang2 kita sibuk untuk melibatkan diri “secara zahir” dalam sesuatu program, namun hakikatnya kita tidak “melibatkan diri” secara total - untuk meningkatkan diri . Dan inilah virus yang melanda diri ini.. saya tidak dapat untuk 'grab' kan suasana yang ada sebagai wadah untuk meningkatkan hubungan dengan Allah – instead saya masih lagi mengejar suasana2 yang ideal diluar sana sebagai kayu ukur – contoh nya mengikuti kuliah2 dan usrah2..walhal tanggungjawab saya sebagai seorang anak/di tempat kerja/ dan sebagainya tidak menjadi priority sebagai keberhasilan tarbiyyah.

Allah swt berfirman :-

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً

Ertinya : Katakanlah: ""Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing"". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" ( Al-Isra : 84 )

Wallahu'alam...



No comments: