Sunday, January 18, 2009

TOKOH : SYEIKH ABDULLAH AZZAM






ABDULLAH AZZAM: MERINTIS KHILAFAH YANG HILANG

SEPINTAS LALU MENGENAI KEHIDUPAN BELIAU:

Beliau dilahirkan di kawasan perumahan yang dikenali sebagai Harrah As Syawahimah, disebuah kampung di utara Palestin iaitu kampung silah Al Harithiyah

semenjak kecil lagi beliau telah pun menunjukkan sikap dan sifat yang berbeza dengan kanak-kanaklain. Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku dan beribadat.

Pengajian:
- memulakan pengajian di peringkat rendah di sebuah sekolah di kampung sendiri. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Persediaan pertanian walaupun usianya masih muda. Dalam usia tersebut, beliau telah berjaya lulus dengan cemerlang di dlm peperiksaan dan dianugerahkan sijil diploma pertanian.

Perkahwinan:
mendirikan rumah tangga dengan ummu muhammad pada tahun 1965.
Dikurniakan 8 orang anak - 5 lelaki dan 3 perempuan.

beliau sangat menitikberatkanpengajian islam dan ilmu-ilmu syariah. Beliau menyambung pelajaran di universiti damsyik dlm bidah syariah.


semenjak kecil lagi as-syahid telah pun menunjukkan minatnya di dlm perjuangan islam , apabila beliau berjinak-jinak dengan gerakan al ikhwanul musimun

Seterusnya melanjutkan pengajiannya di universiti jordan dan cuba menghabiskan hafalan alqurannya. beliau juga bnyak membaca dan mengkaji kehidupan serta perjuangan as-syahid syed qutb dan as-syahid albanna di mesir.

1966- berjayamenghasilkn ijazah sarjana muda ( syariah) dengan kepujian jayid jiddan / pangkat kedua.

Jihad:
1967 - berlaku peristiwa hitam bagi palestin - kemasukan tentera yahudi ke tebing barat.
bermula dari saat itulah beliau mengumpulkan pemuda-pemuda untuk melancarkan jihad ke atas yahudi

di samping melaksanakan tugas jihad, beliau meneruskan pengajian di universiti al-azhar sehinggalah beliau berjaaya memperolehi ijazah sarjana usul fiqh.
seterusnya dianugerahkan ijazah kedoktoran PhD tingkatan as-syaraf setelah menyiapkan tesisnya berkaitan usul fiqh dari universiti al-azhar

ketika mengikuti pengajian di mesir, beliau mengadakan hubungan secara langsung dengan keluarga qutb.

pada tahun 1980, beliau dipecat dari tugasnya sebagai pensyarah di universiti jordan kerana didapati telah mentarbiyah beratus-ratus pemuda dan pelajar university itu dengan tarbiyah islamiyyah dan membangkitkan semangat mereka supaya bangun berjihad menentang yahudi di palestin

walaupun tekanan demi tekanan diterima oleh beliau dari kerajaan jordan, beliau tetap meneruskan usahanya menyebarkan fikrah syed qutb itu sehinggalah dikenali umum sebagai "syed qutb jordan"

semakin hari , tekanan yang dikenakan ke atasnya semakin hebat dan akhirnya beliau tidak dapat lagi meneruskan jihadnya di palesitn kerana kerajaan jordan menutup sempadan palestin -jordan.

Hijrah:
disebabkan pintu perjuangannnya telah tertutup di sana maka beliau berhijrah ke arab saudi. kemewahan hidup di saudi begitu menekan perasaannya dan menghalang beliau untuk tinggal lama di sana. kemudiannya beliau memohon bertugas di islamabad pakistan, supaya kedudukannya dengan bumi jihad afghanistan menjadi dekat.

Ke Pakistan:

beliau merasakan tugasnya sebagai pensyarah telah memendekkan waktunya untuk berjihad. justeru itu, untuk mengimbangi tugas tersebut, beliau telah mengumpulkan semua jadual syarahannya dalam masa seminggu kepada 3 hari. hari =hari yang lain, beliau pergi ke afghanistan untuk berjihad.

beliau makin memendekkan / memadatkan hari2 bertugas supaya dapat menggunakan masanya untuk berjihad..namun ia masih tidak mencukupi, sehinggalah pada 1984, beliau meninggalkan tugasnya sebagai pensyarah untuk ke peshawar untuk melaksanakan tugas2 jihad di sana sepenuh masa.

beliau juga sering berkunjung ke negara2 asing untuk menyebarkan fikrah jihad dan menyeru umat islam supaya memberikan sumbangan sekadar yang termampu kepada jihad afghanistan.

hasil usaha tersebut, beribu-ribu pemuda islam dari luar afghanistan, terutamanya dari negara2 arab datang ke afghanistan untuk menyertai jihad di sana.

Pembunuhan
perkara inin begitu menggerunkan kuasa2 kuffar barat, komunis dan juga keraajaan2 sekular umat islam.

perancangan demi perancangan diatur untuk membunuh tokoh ini.

maka pada 24 november 1989, beliau dibunuh bersama dua orang anaknya, ibrahim dan muhammad di arbab road peshawar, dalam satu letupan ketika mereka sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat jumaat

"dan jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang -orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati. Mereka itu tidak mati)bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." "dan juga' mereka bersukacita dengan kurniaan dari Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang orang (islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal di belakang, yang belum mati dan belum sampai kepada mereka , (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tida baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita ," (surah ali imran:169 -170)

----------------------------------------------------
Petikan sebahagian dari wasiat dr abdullah azzam

" sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan diriku, perasaanku,hatiku dan sseluruh deritaku..

mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan islam) tanpa membuat apa2 persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju kematlamatannya..............

....Wahai kaum muslimin,
kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

sesungguhnya kehebatan para da'i (pendakwah),kekuatan dan keberkesanandakwah dan kemuliaan umat islam tidka akan wujud melainkan dengan melaksanakn jihad pada jalan Allah

Kejarlah "kematian" kerana ia akan memeberikan kehidupan (yang hakiki)

wahai para ulama..

majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada tuhannya. ..

....

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam..

dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan akidah salafus salih (Ahli sunnah wal jamaah) dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu..

aku juga berpesan dan berwasiat kepada kalian supaya sentiasa membaca al-quran, menjaga lidah, qiamullail, berpuasa sunat, berkawan baik dan sama2 bekerja dalam gerakan islam..


Syed Qutb:
sesungguhnya kalimah2 kami akan kekal bagaikan lilin hinggakan setelah kami mati keranaya (kerana perjuangan kami ini) maka kalimah2 tersebut akan terus berkembang biak dan hidup segar bersama mereka yang masih hidup...

(dipetik dari buku ABDULLAH AZZAM: MERINTIS KHILAFAH YANG HILANG , oleh ibnu ismail, pustaka syuhada, 2001)

Allahuakbar!!!!!!!

No comments: