Saturday, December 6, 2008

PeKErJaaN


BEKERJA UNTUK MELIHAT APA YANG KITA PERCAYA
Itu cara Rasulullah SAW membentuk sahabat.
Membentuk mereka dengan kepercayaan, dan seterusnya menggerakkan mereka untuk bekerja bagi melihat apa yang mereka percaya. Itu jati diri golongan percaya. Mereka bukan percaya kosong, mereka bukan menunggu jelmaan kepercayaan, tetapi mereka berusaha merealisasikan apa yang mereka percaya.
Kita belum pernah melihat Syurga. Tetapi kita percaya. Dan kita saban hari bekerja keras untuk melihat apa yang kita percaya.
Kita sudah lama tidak mendengar tentang kemenangan Islam. Belum pernah melihat bangkitnya kebenaran. Tetapi kita percaya. Dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.
(www.saifulislam.com , 21/2/08)
Ana percaya kepada akan wujudnya kebangkitan kuasa Islam..ana percaya dgn sepenuh hati & ana ingin berada di klgn yang ‘front runners’ , yang ikhlas& bersungguh2 supaya melihatnya berjaya..
Sudah lama ana mengkaji di manakah terletaknya cara yang terbaik utk merealisasikan cita2 ini..agar ianya dapat memberi keyakinan kpd ana utk bekerja dgn penuh tekun demi melihat tertegaknya syariat Allah..

Adakah ia melalui politik? Atau sekadar memberi ceramah? Membaca blog? Melalui system usrah?

Sesungguhnya kita hanya meneruskn perjuangan Rasulullah..dan sesungguhnya perjuangan RAsulullah telah menggariskn petunjuk sepanjang jalan bagi seluruh ummat dalam usaha mencapai kemenangan dan sesudahnya.

Dan setakat ilmu ana yang begitu dhaif ini, ana percaya jalan yang terbaik adalah sepertimana yg dikupaskn oleh imam Hassan al-Banna..melalui kajian ana terhadp gerakerjanya, byk yang beliau mengambil Rasulullah sebagai contoh..
Ia telah menentukan peringkat2 aktiviti untuk mencapai tujuan2 tersebut, dengan terlebih dahulu menjelaskan peringkat2 amal yang diperlukan ummat Islam secara umum, dan keperluan2 mendesak di setiap kawasan.(2)

Tajdid Islam & mengubah kaum Muslimin dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi,merupakan fungsi utama da’wah Ikhwanul Muslimin

1. Memahami fenomena IM dari penjelasan Hassan al-Banna
a) IM sbg satu jamaah yg mmberikan pengabdianny utk masyarakat. Jamaah ini bekerjasama dgn jamaah2 lainnya yg mmberikn pelayanan kpd umum. Kerjasama ini dilakukan dgn menggunakan sarana2 tertentu
b) IM sbg gerakan tajdid. HAB – telah mmfokuskn perhatiannya pd sifat yg kedua ini, krn ini merupakan amal terpenting bg gerakan. Di antara sifat2 tajdid yg nmpk dlm gerakan ini - Islam mmbutuhkn amal yg menyeluruh yg dimulai dari peringkat ta’rif (pengenalan), sampai ke peringkat takwin (pembentukan) yang teliti, dan berakhir dgn peringkat tanfidz (pelaksanaan) harian yang menyeluruh utk mncapai tujuan terbesar yg telah diwajibkan Allah SWT kpd setiap Muslim utk dilaksanakannya, baik dlm perinkat local, ataupun dlm perinkat internasional.

Pada pndgn ana,yg juga selari dgn pndgn yg dijelaskn oleh HAB; pertubuhan2 yg berfaedah hendaklah didorongkn (dijuruskn) kpd suatu matlamat dgn memperkuatkannya, dan bukan melemahkannya. Setiap fikrah yg bertujuan menyatupadukan tenaga org2 islam di seluruh dunia & memberikan sokongan kpd fikrah “Pan Islamism” dialu-alukan..Kita hendaklah bersikap ikhlas trhadap pertubuhan2 Islam, malah berusaha dgn segala jalan utk memperdekatkan kesemuanya. Dan IM yakin bahawa saling cinta-mencintai di antara org2 Islam merupakan asas yg paling sihat utk menggerakkan orang Islam.

Perlunya Pemikiran Jama’I – ‘Aqliyyah jama’iyyah – dan penghapusan sikap mementingkn diri

Bilamana penyusunan tertegak agung, ianya memerlukan kpd tenaga generasi dan sesungguhnya kemuncak cita2 individu adalah penyertaannya di dlm pembinaan generasi ini dan ini sudah cukup baginya. Ana sangat setuju dgn konsep utk kita tekankan bidang2 pelajaran (ta’lim), pendidikan (tarbiyyah), penyusunan (tanzim), pemerhatian & penilaian.(2)

PERINGKAT2 DA’WAH
Peringkat 1: Ta’rif
Menyebarkan fikra (ide) umum kpd org byk –cth nya aktiviti social kemasyarakatan – melakukan kempen kesedaran, bimbingan & mendirikan lembaga2 berguna, dan cara2 lain yg bersifat ilmiah.

Peringkat 2: Takwin
Memilih calon2 kader yg baik & layak utk memikul tanggungjwb jihad & menggabungkannya. Sistem jama’ah di peringkat ini bercorak sufi total di segi praktek kegiatan. Semboyannya, ‘ Perintah & Taat” dgn penuh kemantapan, tidak ada tanya jawab, ragu & tidak merasa terpaksa. Orang2 yg akan berhubungan dgn da’wah ini ialah mereka yg tlh memiliki kesanggupan sungguh2 dlm memikul t/jawab jihad yg berkelanjutan & penuh kesukaran. Indikasi pertamanya – dlm kesanggupan ini – ialah ketaatan total.

Peringkat 3: Tanfidz
Jihad yg tidak mengenal kompromi, bekerja dlm mencapai tujuan yg bersinambung & mengarungi berbagai ujian & cobaan yg tidak akan mampu diatasi kecuali mrk yg benar2 ikhlas.
Maka organisasi da’wah & jamaah yg benar, mutlak diperlukan adanya kepimpinan (imamah) yg mampu mengatur terlaksanya ketiga tahap pembinaan tersebut.

Ketiga peringkat itu dapat dicapai dgn melengkapi serta menyiapkan organisasi guna melaksanakan ta’rif, takwin & tanfidz secara sistematik. Setiap tahap, perlu manajemen dlm perencanaan, pengorganisasian, metode (manhaj), para perintis pembinaan, program kegiatan yg teratur & control utk evaluasi efektifitas setiap kegiatan. Semua ini memerlukan juga kejelasan peringkat2 keanggotaan & jenisnya, serta memerlukan koordinasi antara organisasi2 masing2 tingkat.(1)
Mengapa ana begitu mementingkat peringkat2 da’wah ini.
.jawapan ana ialah, sesungguhnya apabila kita mengkaji sirah Nabi Muhammad s.a.w. akan dapat mengetahui bahawa Baginda sgt mengutamakn factor kualiti & mutu, bukan bilangan dan kualiti. (Al –Anfaal: 66) Pada marhalah ini, umat Islam mempunyai ciri2 yg hampir serupa dgn buih air bah yg ringan, tidak bererti, tidak bersatu dan tidak bermutu serta tidak mempunyai tujuan dan cita2 yg satu, masing2 mengikut arahnya sendiri. Oleh sebab itu, tumpuan dan perhatian mesti diarahkan untuk membina dan membangun kualiti dan mutu umat Islam, bukan hanya utk memperbyk bilangan dan jumlahnya sahaja.

Dari perspektif Islam, amal perbuatan bukanlah dinilai krn bnyk & besarnya, tetapi dari ketelitian dan kesempurnaannya.

Penelitian, perancangan & pengkajian strategic bagi setiap program sblm ianya dilaksanakn adlh merupakn anjuran & ajaran Islam yg sgt penting. Penggunaan perancangan & pengkajian strategic yg sgt rapi dpt kita temui did lm perjlnn da’wah RAsulullah spnjg sejarah hidupnya.

Orang yg paling layak & utama meletakkan perancangan & melakukan pengkajian strategic utk setiap program yg akan dilakukannya adlh mereka yg bergiat cergas dlm pertubuhan2 pergerakan Islam.(4 )


Dalam apa jua bentuk organisasi, kepentingan merancang masa depan dan menilai prestasi masa lalu mempunyai pengaruh besar dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu organisasi. Sebagai gerkaan dakwah, kita sangat berhajat kepada penyusunan gerak kerja yang terancang di mana perbincangan perlu diadakan untuk merancang hala tuju dan aktiviti pada masa akan datang. Perancangan yang teliti akan memastikan segala matlamat yang ditetapkan berjaya dicapai.

Setiap individu yang terlibat dalam gerakan dakwah mesti sentiasa saling memberi nasihat sesama mereka. Kita perlu sentiasa duduk berbincang mengenai prestasi kita pada masa lalu dan merancang strategi untuk masa depan. Kita bukan anti organisasi, bahkan gerak kerja dakwah sangat memerlukan kepada pentadbiran yang sistematik. (5)

Dan mengapa perlu ana menceritakan semua ini kpd ust? Supaya ust faham apakah yg ana fhm ttg fikrah da’wah..ke manakh hala tuju ana..dan adakah ust pun memahami sepertimana yg ana fahami? Dan jwpn kpd ust sekiranya ust terdetik mengapakah ana begitu tekankan konsep syura utk buat sebarang keputusan yg blh mmberi impak kpd perancangan jemaah..hrp maklum..hrp ust dapat fhm..

Rujukan:
1. Membina Angkatan Mujahid,(1987) Sa’id Hawwa. Terj. Abu Ridha.Thinker’s Library sdn Bhd.
2. Memahami Prinsip-Prinsip Amal Islami (2006)Sa’id Hawwa , terj. Ustadh MOhd Darus Sanawi. Dewan Pustaka Fajar
3. www.saifulislam.com (retrieved 21st February, 2008)
4. Fiqh Keutamaan (1996) Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Terj. Ahmad Nuryadi Asmawi. Thinker’s library sdn.bhd.
5. Ringkasan dan terjemahan ucapan Penasihat YAPIS-UIA, Sheikh Abu Huzayfah Aiman Yosof Al-Dakkak dalam Sesi Bersama Penasihat, 9 Muharram 1427 H / 8 Februari 2006, Masjid UIAM. –( www. Yapis.blogspot.com)

No comments: